najihah kenamarah dengan KEK LEE BENG 
haha !! kelakar betolll
macam orang gilaa a...

^.^ you are pretty and handsome strangers ^.^

bab 5 . sejarah tingkatan 2

(1) Pulau Pinang Menjadi Pangkalan SHTI :

1. SHTI jalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan British.

2. Pulau Pinang asalnya wilayah Kedah.

3. British tidak boleh menguasai Kedah. Siam mengaku Kedah di bawah naungannya.

4. SHTI ingin Pulau Pinang sebagai pangkalannya.

5. Kepentingan Pulau Pinang kepada British :

i. Pusat pengumpulan barangan :-

a. SHTI perlukan teh dari China

b. China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu.

ii. Sebagai pelabuhan persinggahan :-

a. Pelabuhan Pulau Pinang menyediakan makanan, kemudahan membaiki kapal

b. Tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

iii. Menjadi pangkalan tentera British :-

a. British dan Perancis bersaing menguasai perdagangan di India.

b. Pulau Pinang sebagai pengkalan tentera mempertahankan petempatan British di India daripada serangan Perancis.

(2) Kedaulatan Kedah tercabar

1. Kedah mempunyai pelabuhan entreport.

2. Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan

3. Kemakmuran Kedah menyebabkan pemimpinnya sentiasa hadapi cabaran dalam dan luar negeri.

Ancaman Bugis

i. Perebutan takhta apabila Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda.

ii. Perlantikan tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara

iii. Mereka berpakat dengan Bugis di Selangor menentang Sultan Muhammad Jiwa.

iv. Bugis (Raja Haji) menawan Kuala Kedah serta Alor Setar.

v. Sul Muhammad Jiwa dapatkan bantuan ketenteraan Firma Jourdain Sullivan & de Souza.

vi. Firma hantar Francis Light untuk berunding

vii. Perjanjian (1771) benarkan firma berniaga di Kuala Kedah

viii. Sultan batalkan perjanjian apabila firma enggan memberi bantuan tentera bagi menyerang Bugis di Selangor.

(b) Ancaman Siam

i. Kedah hentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa berperang dengan Burma

ii. Selepas perang dgn Burma tamat, Siam menjadi kuasa yang kuat semula.

iii. Siam tuntut Kedah hantar bunga emas, wang serta tenaga manusia.

iv. Sultan Kedah (Sultan Abdullah– pengganti Sultan Muhammad Jiwa ) berasa terancam

v. Sultan dapatkan bantuan tentera SHTI.

vi. Tawarkan Pulau Pinang jika SHTI sanggup melindungi Kedah daripada ancaman Siam.

vii. Francis Light menerima tawaran Sultan Abdullah

(3) Pertapakan British di Pulau Pinang

1. Tipu helah Francis Light

i. SHTI bimbang dgn dasar monopoli Belanda

ii. Tawaran Sultan Abdullah membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang memenuhi keperluan SHTI bagi menghadapi ancaman Belanda.

iii. Francis Light tandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 dgn Sultan Kedah secara peribadi.

iv. Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat memberi bantuan ketenteraan

2. Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786

i. SHTI bantu Kedah sekiranya diserang musuh

ii. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah

iii. SHTI membayar 30 ribu dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan

3. Upacara menaikkan bendera Union Jack

i. Pulau Pinang dinamakan Prince of Wales Island

ii. Petempatan dinamakan Geogetown sempena nama King George III.

iii. bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.

(4) SHTI mungkir janji

1. Siam takluki Patani dan mengancam Kedah.

2. Sultan Abdullah tuntut SHTI memberi ketenteraan

3. SHTI enggan sebab tidak terlibat dlm Perjanjian 1786,

4. Perjanjian 1786 bersifat peribadi antara Sultan Abdullah dengan Francis Light.

5. SHTI jaga kepentingan perdagangan dengan Siam.

6. Sul Abdullah desak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang.

7. Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang.

8. Francis Light tawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah.

9. Sultan Abdullah rasa tertipu – sediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk ambil semula Pulau Pinang.

10. Baginda dapatkan bantuan Riau, Siak dan Selangor.

11. Francis Light meminta bantuan tentera

12. Sultan Abdullah tewas

13. Sultan Abdullah tandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791.

14. SHTI bayar 6 ribu dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah.

15. George Leith dilantik Gabenor Pulau Pinang pertama.

Padan muka, dah kena tipu dengan British. Sekadar makluman tambahan,SHTI ni cuma golongan pedagang Inggeris sahaja. Tetapi mereka dilengkapi dengan alatan senjata. Al maklum jela, mereka ni ramai bekas tentera British. Belayar jauh2, mesti kena cukup senjata, tak pasal2 kena serang dengan Jack Sparrow Pirate Of Carribean. Tipah Tertipu lagi…!!!!

(5) Pertapakan SHTI di Seberang Perai

i. Seberang Perai sesuai sebagai benteng mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang

ii. Seberang Perai subur untuk bercucuk tanam bagi keperluan makanan penduduk di Pulau Pinang.

iii. Sultan Dzauddin (pengganti Sultan Abdullah) perlukan bantuan ketenteraan bagi hadapi Siam.

iv. Menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith

v. syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800;

- Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai.- SHTI bayar 10 ribu dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai.

vi. SHTI mungkir janji untuk bantu Kedah, bantuan tidak diberi apabila Siam menyerang Kedah pada tahun 1821.

vii. Kedah ditakluki oleh Siam.

vii. Jun 1826, Raja Siam (Rama III) tandatangani perjanjian dgn Henry Burney di Bangkok

ix. Syarat Perjanjian Burney :

a. British iktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah.

b. Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma

c. British tidak akan membantu Sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya.

d. British menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah,

e. Kedah bayar ufti bunga emas kepada Siam.

(6) SHTI di Singapura

1 Sebab British ingin mengambil Singapura

i. Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka

ii. Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan di kepulauan Melayu.

iii Kapal banyak ke Betawi, Riau & Lingga.

iv. Perdagangan SHTI dgn China semakin penting.

v. Barangan dari China mendapat pasaran di Eropah.

vi. Inginkan pelabuhan strategik di Selat Melaka

vii. Perang Napoleon meletus di Eropah, Belanda ditawan Perancis.

viii. Perancis berhasrat kuasai wil. Belanda di Timur.

ix. Belanda tandatangani Surat Kew dgn British.

x. Belanda serahkan secara sementara jajahannya di Timur kpd British hingga Perang Napoleon tamat.

xi. SHTI kuasai Melaka & Betawi semasa Perang

xii. Selepas Perang, British pulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda.

xiii. Belanda kenakan cukai yang tinggi dan layanan buruk kpd pedagang British dan Betawi.

xiv. Stamford Raffles cari pelabuhan baru.

xv. Cubaan Raffles membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau gagal.

xvi. Cadangkan pangkalan baru di Singapura. Singapura wilayah kekuasaan kerajaan Johor.

xvii. Singapura strategik – sesuai sebg pelabuhan bebas dan dijadikan pangkalan bagi menyaingi pelabuhan Belanda dan Betawi.

xviii. Raffles yakin Singapura boleh menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu.

2 Masalah perebutan takhta di Johor

i. Jajahan Johor termsk Pahang, Johor, Singapura.

ii. Sultan Abdul Rahman pemerintah kerajaan Johor,

iii. Pusat pentadbirannya di Lingga.

iv. Pahang diperintah oleh Bendahara Ali keturunan Bendahara Johor.

v. Temenggung Abdul Rahman – pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor.

vi. Beliau menjadikan Kuala Sg Singapura sebagai pusat pentadbiran dan pelabuhan.

vii. Raffles hadapi masalah mengambil Singapura – Singapura di bawah Sultan Abdul Rahman yang berada di bawah pengaruh Belanda.

viii. Apabila Sultan Mahmud Shah III mangkat, Tengku Hussein putera sulungnya diketepikan

ix. Adiknya, Tengku Abdul Rahman jadi sultan.

x. Mengikut adapt, pengganti sultan perlu dilantik sebelum upacara pemakaman

xi. Tengku Hussein tiada di istana sultan tetapi berada di Pahang.

xii. Pembesar Johor dgm sokongan Belanda melantik Tengku Abdul Rahman sebagai pengganti sultan.

xiii. Raffles melihat pertelingkahan sebagai peluang untuk campur tangan dengan cara menyokong Tengku Hussein menjadi Sultan Johor.

3. British di Singapura melalui Perjanjian 1819 :

i. Raffles mendarat di Singapura.

ii. Raffles paksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura.

iii. Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh Raffles

iv. Syarat Perjanjian Temenggung Abdul Rahman dan Stamford Raffles pada 30 Januari 1819 :

a. SHTI dirikan loji di Singapura

b. SHTI lindungi Temenggung daripada ancaman

c. SHTI bayar 3 ribu dolar Sepanyol setahun kpd Temenggung

d. SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan Barat yang lain.

v. Perjanjian 1819 tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan Sultan Johor (Sultan Abdul Rahman)

vi. Raffles perdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda dgn hidupkan semula masalah waris tahun 1812.

vii. Raffles peralatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak menjadi sultan.

viii. Raffles pujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan sebagai Sultan Johor.

ix. Setelah menjadi Sultan, Sultan Hussein iktiraf perjanjian awal Temenggung dengan Raffles.

x. SHTI secara rasmi bertapak di Singapura.

xi. Pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor mempunyai dua orang sultan – Sultan Hussein bersemayam di Singapura Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga.

4 British di Singapura – Perjanjian 1823 & 1824

i. Perjanjian 1819 tidak membolehkan Raffles berkuasa penuh ke atas Singapura.

ii. 7 Jun 1823 perjanjian Raffles dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman membolehkan SHTI berkuasa di Singapura dan pulau berdekatan.

iii. Syarat Perjanjian 7 Jun 1823;

a. Sultan terima bayaran 1500 dolar Sepanyol, Temenggung terima 800 dolar Sepanyol setiap bulan.

b. Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina.

c. SHTI berkuasa di seluruh Pulau Singapura dan pulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung.

d. Undang-undang British dikuatkuasa.

iv. 2 Ogos 1824, perjanjian ditandatangani John Crowfurd (Residen Singapura) dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.

v. Syarat Perjanjian 2 Ogos 1824;

a. Sultan dan Temenggung menyerahkan Singapura kepada SHTI

b. Sultan dan Temenggung hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya.

c. Sultan dan Temenggung atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.

vi. S. Hussein menetap di Kampung Gelam, Singapura.

vii. Baginda ke Bandar Hilir Melaka kerana kecewa dengan syarat perjanjian 1824.

viii. SHTI mengarahkan Temenggung memindahkan pusat pentadbirannya dari Kuala Sg Singapura ke Teluk Belanga dgn alasan memajukan Singapura.

ix. SHTI mengambil tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga

x. Tahun 1866, pusat pemerintahan dipindahkan dari Teluk Belanga ke Johor Bahru.

(7) Perpecahan Kepulauan Melayu

i. Belanda dakwa Singapura pengaruhnya.

ii. Belanda bimbang kemajuan Singapura menjejaskan perdagangannya di Betawi.

iii. Pertikaian berkaitan Singapura mencetuskan ketegangan British dengan Belanda.

iv. British enggan serahkan Singapura kepada Belanda

v. Ketegangan ini diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)

vi. Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac 1824 :

a. Belanda iktiraf petempatan British di Singapura.

b. Belanda tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu.

c. British serah Bangkahulu kepada Belanda

d. Belanda serah Melaka kepada British.

e. British tidak akan buka petempatan baru ke selatan Singapura

vii. Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda :

a. Kepulauan Melayu terbahagi dua kawasan.

b. Sem. Tanah Melayu & Singapura pengaruh British.

c. Kepulauan Riau &Lingga-pengaruh Belanda.

d. Pengaruh British di Sem. Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa Barat lain.

(8) SHTI di Melaka

i. Melalui perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda serahkan Melaka kepada British.

ii. British serahkan Bangkahulu kepada Belanda

iii. Penguasaan ke atas Melaka membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka.

iv. Perjanjian mengakibatkan kerajaan Johor berpecah.

v. Melaka, Pahang, Johor dan Singapura berada di bawah pengaruh British

vi. Kepulauan Riau serta Lingga di bawah Pengaruh Belanda.

(9) Negeri-negeri Selat (NNS)

i. SHTI di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura

ii. Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor

iii. Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen.

iv. Tahun 1826, disatukan di bwh Negeri-negeri Selat.

v. Bertujuan seragamkan pentadbiran dan jimatkan perbelanjaan.

vi. Ibu negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang.

vii. Tahun 1832, Singapura gantikan Pulau Pinang sebagai ibu negeri kerana kedudukan strategik.

viii. Pentadbiran NNS diketuai Gabenor NNS

ix. Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler – menjalankan pentadbiran di negeri masing-masing.

x. Gabenor Jeneral British di India menggubal dasar dan undang NNS.

xi. Rasa tidak puas hati penduduk dan saudagar tempatan – merasakan NNS seolah tanah jajahan India.

xii. Saudagar British di NNS merayu British memindahkan pentadbiran ke London.

xiii. Pada 1 April 1867, NNS diisytiharkan sebg tanah jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London.

xiv. Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri.

xv. Faktor pemindahan pentadbiran NNS dari India ke London pada tahun 1867 :

a. SHTI di India tidak ambil berat kebajikan NNS.

b. NNS bantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas Singapura.

c. Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal – ada kongsi gelap dan kekacauan.

d. Penduduk bantah tindakan NNS sebagai tempat buangan banduan.

e. Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang dolar Sepanyol digantikan dengan mata wang rupee India (nilainya rendah)


^.^ you are pretty and handsome strangers ^.^

add meee .. !! follow meee !! @_@

http://ask.fm/rienanickhun ---> ask me questions pleaseee
https://twitter.com/rienaqamarina --> follow maybee ;)
http://www.facebook.com/riena.qamarina --> follow and add ;)

^.^ you are pretty and handsome strangers ^.^

Email Print Nota Ringkas Sejarah Ting.2 Bab 4

BAB 4    :  KEKAYAAN EKONOMI SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN KELUARGA  BROOKE

(1)   Negeri Sarawak di bawah  Kesultanan Brunei
1.     Sebelum kurun ke 19, Sarawak  di bawah pengaruh Kesultanan Brunei.
2.     Pembesar tempatan dilantik oleh Sultan Brunei.
3.     Tadbir Sarawak tanpa campur tangan Brunei.
4.     Sultan Brunei bahagikan Sarawak kpd  daerah.
5.     Setiap daerah ditadbir oleh ketua tempatan di kalangan orang Melayu dan orang Dayak.
6.     Ketua tempatan digelar Menteri Darat, Temenggung atau Orang Kaya.
7.     Ketua tempatan laksanakan arahan & pungut cukai.

(2)   Penentangan  terhadap Kesultanan Brunei
1.     Sultan Brunei melantik Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil Kesultanan Brunei di Sarawak.
2.     Pangeran Indera Mahkota ambil alih pentadbiran serta perdagangan antimoni dan emas drp pembesar Melayu
3.     Beliau kenakan cukai tinggi
4.     Tindakan Pangeran Indera Mahkota timbulkan perasaan tidak puas hati  pembesar Melayu  dan  orang Bidayuh.
5.     Orang Bidayuh di lombong antimoni tidak diberi upah.
6.     Orang Bidayuh dan orang Melayu menentang Pangeran Indera Mahkota.
7.     Kebangkitan bertujuan membebaskan Sarawak daripada pemerintahan Kesultanan Brunei.
8.     Datu Patinggi Ali memimpin orang Melayu menentang kezaliman Pangeran Indera Mahkota.
9.     Pangeran Indera Mahkota gagal menyekat kebangkitan.
10.  Sultan Brunei hantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota
11.  Pangeran Raja Muda Hashim minta bantuan James Brooke
12.  Beliau berjanji melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak jika kebangkitan berjaya ditamatkan
13.  James Brooke menerima tawaran tersebut.
14.  Hasil bantuan James Brooke, Raja Muda Hashim  menamatkan kebangkitan
15.  Raja Muda Hashim sedar jawatan Gabenor kepada James Brooke tidak akan dpt persetujuan Sul Brunei.
16  Raja Muda Hashim melengah-lengahkan perlantikan
17.  James Brooke marah, lalu membedil Bandar Kuching.
18.  Situasi memaksa Raja Muda Hashim melantik James Brooke menjadi Gabenor dan Raja Sarawak pertama
19.  PerjanjianPangeran Raja Muda Hashim-James Brooke
20.  Syarat perjanjian 1841
  1. James Brooke memerintah Sarawak
  2. James Brooke kuasai segala hasil
  3. James Brooke menghormati dan memelihara undang-undang dan adat istiadat orang Melayu.
21.  Tahun 1842, James Brooke menghadap sultan Brunei (Sultan Omar Ali Saifuddin) bagi mengesahkan kedudukannya di Sarawak.
22.  Beliau bersama angkatan tentera laut British dari Singapura yang diketuai oleh Edwad Belcher.
23.  Kehadiran tentera British bimbangkan sultan Brunei.
24.  Sultan Brunei terpaksa iktiraf perjanjian 1841
25.  Perjanjian antara Sultan Omar dengan James Brooke ditandatangani pada tahun 1842.     
26.  Syarat perjanjian 1842
  1. Sultan Brunei serahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke Sungai Samarahan
  2. Sultan Brunei serahkan segala hasil cukainya kepada James Brooke dan pewarisnya.
  3. James Brooke bayar 2500 dolar setiap tahun kepada baginda.
  4. Agama dan adat istiadat penduduk Sarawak tidak boleh diganggu.
  5. Sultan Brunei iktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak.
27. Tahun 1846, Sultan Omar Ali Saifuddin cuba menentang James Brooke.
28.   James Brooke dgn bantuan  British  serang Sultan
29.   Sultan Omar Ali Saifuddin dipaksa menandatangani satu lagi perjanjian.      
30.   Syarat perjanjian 1846
  1. James Brooke - Raja Sarawak yang merdeka.
  2. James Brooke-kedaulatan penuh ke atas Sarawak.

(3)   Peluasan kuasa oleh keluarga Brooke
       (a) Peluasan kuasa tahun 1853
       i.    Penentangan terhadap Brunei di Saribas dan Batang Lupar.            
       ii. Sultan Abdul Mu’mein serahkan tanah antara Sg Samarahan dengan Sg Rajang dengan bayaran 1500 dolar setahun.          
      (b)     Peluasan kuasa tahun 1861
        i.   Masalah kekacauan di Sungai Rajang.
       ii.   Sultan Mu’mein serahkan Sungai Rajang
      iii.   Sultan terima 4500 dolar setahun.
        (c)   Peluasan kuasa tahun 1883
        i.      Pembunuhan peniaga Sarawak oleh orang Murut di lembangan  Sungai Trusan.             
        ii.     Kawasan itu diserahkan oleh Sultan Brunei dengan  sebanyak 4500 dolar.             
        (d)   Peluasan kuasa tahun 1905
        i.   Charles Brooke beli Lawas dr Sultan Hashim Jalal.
        ii.  Keluarga Brooke  meluaskan wilayahnya hingga ke sempadan Brunei.
            
(4)   Sistem Pentadbiran keluarga Brooke
1.     Memperkenalkan sistem beraja
2.     Melibatkan pemimpin tempatan dalam pentadbiran.
3.     Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung dilantik  membantu James Brooke mentadbir Sarawak.
4.     Mereka bertanggungjawab menasihati beliau dalam hal undang-undang dan adat tempatan.
5.     Membentuk Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
6.     Sarawak dibahagikan lima bahagian, iaitu Bahagian Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima.
7.     Setiap bahagian ditadbir oleh Majlis Bahagian.
8.     Jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Kehakiman, Polis, Kastam dan Cukai serta Jabatan Pos.
9.     Membina Balai Polis
10.  Pasukan Sarawak Rangers berpakaian seragam ditubuhkan untuk menjaga keselamatan Sarawak.
11.  Bendera pertama Sarawak diperkenallan oleh James Brooke pada tahun 1848.
12.  Astana keluarga Brooke dibina
13.  Mahkamah keadilan ditubuhkan.
14. Kes sivil dikalangan orang Melayu, orang Dayak, dan orang Cina - diadili oleh ketua-ketua mereka.
15.  Kes jenayah dan kes yang melibatkan lebih daripada satu suku kaum akan dihakimi oleh Raja Sarawak, Residen atau Timbalan Residen.

(5)   Pemimpin tempatan dlm pentadbiran Brooke
1.     Majlis Tertinggi
  1. Terdiri dr Residen Bahagian Pertama dan empat orang Datu Melayu.
    1. nasihati James Brooke
    2. buat semua dasar
    3. lulus undang & peraturan yang berkaitan  pentadbiran negeri Sarawak.
2.     Majlis Negeri
  1. Terdiri daripada ketua kaum bumiputera.
    1. pemimpin bumiputera bersidang tiga tahun sekali bagi menyuarakan pandangan serta mengambil bahagian dalam pentadbiran.
3.     Majlis Bahagian;
  1. Terdiri Residen, Penolong Residen, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Anak Negeri dan Ketua kampung.
-     Nasihati Residen,
-     Ketuai ketenteraan
-     Jaga keamanan
-     Kutip cukai.

(6)   Pengaruh British di Sarawak melalui perjanjian.
1.  British menandatangani perjanjian dengan Charles Brooke pada tahun 1888.
2.  Sarawak jadi negeri naungan British.
3.     Syarat perjanjian 1888 ialah;
  1. British melindungi Sarawak dari serangan musuh.
  2. Keluarga Brooke memerintah negeri dengan bebas.
  3. Hal ehwal luar negeri di bawah kawalan British.

(7)   Perlembagaan Sarawak 1941
1.     Charles Vyner Brooke kemukakan cadangan Perlembagaan Sarawak.
2.     Charles Vyner Brooke isytiharkan perlembagan
3.     Perisytiharan sempena perayaan 100 tahun pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak.
4.     Perlembagaan 1941-perlembagaan bertulis pertama di Sarawak menggariskan pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak.
5.     Perlembagaan ini tidak sempat dilaksanakan kerana Perang Dunia Kedua meletus.
6.     Isi kandungan Perlembagaan Sarawak 1941
  1. Charles Vyner Brooke serahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri
  2. Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi.
  3. Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan kewangan.
  4. Raja mempunyai kuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri.
  5. Raja Brooke melantik kebanyakkan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.

(8)   Perubahan Ekonomi dibwh pentadbiran Brooke
1.     Tidak galak kemasukan pelabur luar secara besar-besaran. - bertujuan menjaga kepentingan ekonomi
2.     Menggiatkan meneroka hasil hutan, tanaman baru, tanaman tradisional dan kegiatan perlombongan.
3.     Mengeluarkan mata wangnya sendiri.
4.     Orang Cina dalam perdagangan dan perlombongan.
5.     Pembangunan tidak seimbang kerana tertumpu di Bhgn 1 dan 2.
6.     Meneroka kekayaan hasil hutan  seperti sarang burung, rotan, getah jelutung, kapur barus,dammar,kayu balak.
        Sarang burung;
  1. Dikutip di gua batu kapur,  di Gua Niah.
Hasil-hasil hutan lain
  1. Hasil rotan dieksport ke Eropah.
  2. Getah didapati daripada pokok jelutung dan dieksport ke Amerika Syarikat.
7.   Pembalakan  oleh  Syarikat Borneo dan orang Cina di Sungai Rajang.
8.     Tanaman tradisional -kelapa, gambir, lada hitam, sagu atau rumbia ditanam secara meluas dan dieksport.
9.     Tanaman baru utk eksport seperti getah dan tembakau.
       (a)    Getah - Diusahakan oleh pekebun kecil. Eksport kedua Sarawak selepas minyak.   
       (b)   Gambir -tanaman untuk eksport.
       (c)   Kelapa -Ditanam oleh orang Melayu, di Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua.
       (d) Lada hitam -Ditanam oleh penduduk Cina, di Bahagian Pertama dan Bahagian Ketiga.
       (e) Tembakau - Ditanam di Lundu. Dieksport ke London.  
        (f) Sagu
  1. Ditanam di Sg Igan, Oya, Mukah dan Bintulu.
  2. Kilang memproses sagu di Kuching diusahakan oleh pedagang Cina.
  3. Sagu diambil daripada batang rumbia.
  4. Batang rumbia ditebang, diikat dan ditinggalkan di dalam sungai untuk melembutkannya.
  5. Dibelah untuk mendapatkan isinya yang dipanggil ripo, dan seterusnya dimasak di atas api.
10   Kegiatan perlombongan
  1. antimoni, emas, arang batu, raksa dan minyak
  2.  Syarikat Borneo Bhd.  Ibu pejabatnya terletak di Singapura. menjalankan kegiatan perlombongan
11.  Emas
  1. Mulanya emas dilombong di bau oleh org Cina.
  2. Tahun 1857, pelombong Cina memberontak kerana tidak berpuas hati dgn cukai yang dikenakan oleh kerajaan Brooke.
  3. Pemberontakan dipatahkan oleh Brooke dan pelombong Cina melarikan diri ke Sambas
  4. Kemudiannya diusahakan oleh Syarikat Borneo.
  5. Emas adalah bahan eksport penting
12.  Arang batu - Diusahakan mulai tahun 1889.
13. Antimoni
  1. Brooke memberi monopoli melombong antimoni kepada Syarikat Borneo.
  2. Syarikat Borneo menjalankan kegiatan perlombongan antimoni di Bau dan Kuching.
  3. Kurun ke-20, antimoni tidak lagi menjadi eksport penting kerana galian ini semakin berkurangan.
14.  Petroleum
  1. Usaha cari gali minyak berkembang apabila  antimoni, emas, arang batu & raksa berkurangan.
  2. The Anglo-Saxon Oil Company mendapat konsesi melombong petroleum di Sarawak.
  3. Telaga petroleum pertama di Miri
  4. Kilang penapis minyak di Lutong

(9)   Perubahan Sosial di pentadbiran Keluarga Brooke
a)    Dasar pecah perintah
1.     Dasar pecah perintah untuk mengukuhkan kuasa
2.     Setiap kaum dipisahkan kegiatan ekonominya.
3.     Orang Melayu dalam bidang pentadbiran
4.    Orang Iban dalam bidang ketenteraan
5.    Org Cina- pertanian, perlombongan dan perdagangan.
6.    Orang India dalam perniagaan kain di Kuching
7.    Orang Sikh bekerja sebagai polis.
8.     Orang Cina tinggal di bandar Miri, Bintulu dan Sibu.
9.    Kaum bumiputera tinggal di kawasan pedalaman.
10.  Dasar Brooke menghalang perpaduan kaum dan menjamin kedudukannya sebagai Raja Sarawak.
b)    Perkembangan bandar
1.     Bandar Kuching, Miri dan Sibu -  pusat pentadbiran dan perdagangan.
2.     Bandar Kuching - ibu negeri dan pusat pentadbiran
3.     Bandar Miri – maju kerana perlombongan petroleum
c)     Kemudahan asas
1      Terhad di bandar-bandar.
2.     Di bandar kemudahan asas seperti jalan raya, air
3.     Bandar - pusat pentadbiran & kegiatan ekonomi.
4.     Kurang memberi perhatian terhadap kemudahan asas di kawasan pedalaman.
d)    Sistem pengangkutan
1.     Bergantung kepada pengangkutan air.
2.     Jalan raya di bandar besar seperti Kuching dan Miri.
3.     Landasan kereta api -hubungkan Kuching dgn Bau.
4.     Perkhidmatan kereta api diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi.
5.     Perkhidmatan syarikat perkapalan seperti Singapura and Sarawak Steamship Company.
6.     Perkhidmatan kapal terbang air menghubungkan bandar Kuching dengan Singapura  diwujudkan.
7.     Kapal terbang air - kapal terbang pertama yang mendarat di Sungai Sarawak
8.     Motosikal diperkenalkan di Kuching
9.     Pengangkutan bas di Kuching
e)     Sistem Perhubungan
1.     Perkhidmatan pos, telegraf dan telefon
2.     Perkhidmatan telegraf ant Kuching dgn  Singapura.
3.     Pejabat Pos dibina
4.     Penggunaan setem
5.     Setem pertama dikeluarkan pada tahun 1869 - terdapat gambar keluarga Brooke.
f)     Perkhidmatan Kesihatan
1.     Pembinaan hospital dan klinik oleh mubaligh Kristian
2.     Hospital di bandar besar seperti Kuching dan Sibu
3.     Kemudahan kesihatan kurang di  pedalaman.
4.     Jabatan Hospital di Sarawak diwujudkan.Dikenali sebagai Pavillion.
g)    Perkembangan pendidikan
1.     Pendidikan moden kurang diberi perhatian.
2.     Keluarga Brooke sendiri tidak yakin bahawa sistem pendidikan barat sesuai dengan penduduk tempatan.
3.     Charles bina sekolah utk orang Melayu dan  Cina
4.     Tidak galakkan sekolah untuk orang Dayak kerana mahu mengekalkan cara hidup tradisional mereka.
5.    Sekolah Rendah Melayu
  1. Sekolah rendah pengantar bahasa Melayu dibina
  2. Melatih orang Melayu untuk menjadi guru Sekolah Melayu serta kakitangan rendah kerajaan.
  3. Guna buku dari Tanah Melayu.
  4. Guru-guru di sekolah kerajaan dilatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim.
  5. Maktab Perguruan Kent melatih guru untuk sekolah Melayu.
  6. Sekolah Melayu yg dibina oleh kerajaan ialah sekolah Merpati Jepang &Sekolah Encik Buyong.
  7. Sekolah ini kemudiannya digabungkan menjadi madrasah Melayu.
6.     Sekolah Inggeris;
  1. Galakkan mubaligh Kristian dirikan sekolah Inggeris.
  2. Sekolah St. Thomas,  Sekolah St. Mary dan Sekolah St. Teresa  di Kuching.
  3. Sekolah Anglikan dibina
  4. Sekolah Katolik dibina
7.     Sekolah Cina
  1. Dibiayai dan diurus oleh orang Cina.
  2. Guru-guru, sukatan pelajaran dan buku-buku dibawa dari negara Cina.
8.   Sekolah Melanau -didirikan
9.   Sekolah Dayak; -  Bilangan Sekolah Dayak tiada pertambahan iaitu hanya sebuah  sahaja
10.  Jabatan Pelajaran
       i.  Jabatan Pelajaran di Kuching - bertujuan mengawal perkembangan pendidikan di Sarawak.
       ii. Semua sekolah ditubuhkan mesti berdaftar dengan jabatan ini
Kesimpulan
  1. Kelemahan kepimpinan pembesar Brunei menyebabkan campur tangan James Brooke di Sarawak
  2. Penggunaan kuasa tentera membolehkan keluarga Brooke meluaskan kuasa
  3. Keluarga Brooke mengeksplotasi hasil bumi Sarawak


^.^ you are pretty and handsome strangers ^.^

aku asyik mimpi dia ni ajeee ...
bosanlaa .. !! dia suka budak lain bukan aku .. 
urgghhh !!
what thee ... bila aku nak berumur 20 tahun 
bebas takder skolah tak ada org yg gedik 
and boleh .. k

^.^ you are pretty and handsome strangers ^.^

asslamualaikum .. semua .. saya minta maaf .. dah lama dah saya tak postt ..
 saya exam laa skangg ....
tak sukaa ...
TOLONGLAAAAA

^.^ you are pretty and handsome strangers ^.^