Tema:Keharmonian dan perpaduan hidup masyarakat berbilang
bangsa.
Persoalan:
|
Bentuk:
·
Terdiri daripada lima rangkap.
·
Pantun ini berbentuk pantun empat
kerat, iaitu dua baris awalan pembayang dan dua baris akhir maksud pantun.
·
Pantun ini mengandungi empat belas
hingga lapan belas patah perkataan dalam satu rangkap
·
Suku kata terdiri daripada lapan
hingga dua belas suku kata sebaris.
·
Rima akhir tetap ‘a,b,a,b’.
|
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Repitasi
|
Masak dipetik satu
per satu; (R2,B2)
|
Simile
|
Senyuman manis seperti
madu; (R4,B2)
|
Hiperbola
|
Mengairi sawah beratus relung;
(R3,B2)
|
Anafora
|
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.
(R5,B3 – 4)
|
Responsi
|
Ada beras taruh
dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati. (R4)
|
Kata Ganda
|
Tanda bersatu bergotong-royong.
(R3,B4)
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Petang hari pergi
ke pekan, (R1,B1)
|
Aliterasi
|
Walaupun berlainan bangsa
budaya, (R2,B3)
|
Nilai:
·
Bekerjasama:
Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama menjalankan amalan gotong-royong.
·
Hormat-menghormati:
Masyarakat yang berbilang kaum saling menghormati adat dan budaya
masing-masing.
·
Semangat
bermasyarakat: Menjalankan amalan gotong-royong menunjukkan semangat hidup
bermasyarakat.
·
Patriotisme:
Masyarakat yang cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan
kebudayaan tempatan.
Pengajaran:
·
Kita mestilah
bertolak ansur dalam segala hal sebagai rakyat sebuah negara yang mempunyai
masyarakat majmuk.
·
Kita perlulah
hidup bersatupadu agar keharmonian negara dapat dikekalkan.
·
Kita hendaklah hidup berkerjasama
dan bertoleransi tanpa mengira bangsa.