Parti Islam Semalaysia (PAS) | |
1951 | |
Kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air
telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang
di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan
Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah
menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam
satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang
Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para
ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan
politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan
PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun
ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan
raya 1955.
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku
antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun
di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan.
Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui
para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran
yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan
atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan
terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika
itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi
Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948
kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar
al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung
Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun
1948.
Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis UMNO bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO. Sheikh Abdullah Fahim Antara pengasas Persatuan Ulamak Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Dr. Burhanuddin Al Helmy Pelopor Perubatan Homeopathy dan Bekas Pimpinan PAS
Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971. Datuk Asri Muda Pemimpin PAS yang bertanggungjawab membawa PAS ke dalam BN Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain. Us. Fadzil Noor memimpin perubahan besar dalam PAS Beliau membawa PAS ketengah-tengah masyarakat. Ku Li keluar daripada UMNO lalu menubuhkan Semangat 46 dan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya
Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu
Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang
dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi
menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis
Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada
rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui
BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk
Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai
kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada
2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008
dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di
Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai
politik orang Melayu Islam.
Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang
Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan
(1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin
al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof
Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang).
Tuan Guru Hj. Nik Aziz Ulama' dan Pemimpin yang disegani Tuan Guru Hj Abdul Hadi Presidan PAS |