BAWA AMANAT LEFTENAN ADNAN ~ MISI 7 HARI 7 MALAM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

miss mignon pun tahu dari pada sejarah dan pembacaan yang arwah dibunuh dan ditembak oleh tentera jepun sahaja .. TETAPI hakikatnya ... dia sebenarnya mati kerana di seksa oleh tentera jepun sewaktu Pertempuran Bukti Candu suatu 
ketika dahulu .. 

bila miss mignon baca artikel ini .. barulah sedar betapa tragisnya kematian arwah .. sedih .. x dapat dibayangkan seorang wira yg diseksa dengan begitu kejam sehingga ke akhir nyawanya .. memang tentera JEPUN dahulu sgt2 kejam ..

 Leftenan Adnan
Kisah sebenar di sebalik pertempuran antara Rejimen Askar Melayu menentang Jepun atau yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu pada 14 Februari 1942 mungkin tidak akan diketahui atau tersorok dalam lipatan sejarah sekiranya Koperal Yaakob Bidin tidak berpura-pura mati bergelimpangan bersama askar Melayu ketika itu.

Disebabkan berpurapura mati itu, dengan izin ALLAH, Koperal Yaakob berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun yang marah dengan tentangan yang diberikan Kompeni C dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu dipimpin Leftenan Adnan Saidi.


Tindakan Koperal Yaakob itu dilakukannya bukan kerana beliau pengecut atau takut mati di medan perang kerana tiada istilaht takut dalam dirinya.
Koperal Yaakob perlu berpurapura mati demi memikul satu amanah berat daripada ketuanya, Leftenan Adnan Saidi yang menyedari ketika itu pasukannya berdepan dengan tekanan hebat tentera Jepun.

 
 Koperal Yaakob bergambar kenangan bersama salah seorang cucunya, Ahmad Akmal Hidzri 
pada 28 Februari 1992.

Leftenan Adnan diseksa kejam

AKHWAN Hafis berkata, masyarakat kini mengetahui Leftenan Adnan mati akibat ditembak tentera Jepun namun sebenarnya perwira negara itu mati dibunuh oleh tentera Jepun dengan kejam.


Menurutnya, sebelum ditangkap Leftenan Adnan sudah tahu bahawa nyawanya umpama telur di hujung tanduk dan beliau sempat berpesan pada Koperal Yaakob supaya berundur serta membawa sejarah perang itu untuk  diketahui anak dan cucu cicit.


“Tok saya enggan berundur kerana dia mahu menjaga keselamatan ketuanya itu. 
Namun, selepas didesak dan Leftenan Adnan ditangkap, dia merasakan perlu menjaga amanat itu sebaiknya.

"Tok juga bercerita dia sempat melihat bagaimana Leftenan Adnan diseksa tanpa belas kasihan. Tentera Jepun memang memburu Leftenan Adnan dan apabila mereka dapat menangkap Leftenan Adnan yang ketika itu cedera pada bahagian kaki, wira negara itu terus disepak, diterajang, ditumbuk dan sebagainya.


“Kemudian Leftenan Adnan itu diseret dan diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Akibat terlalu marah, tentera Jepun menikamnya dengan benet berkali-kali. 


Setiap kali ditikam, Leftenan Adnan melaungkan kalimah ALLAHHU AKBAR dan darahnya mengalir ke bumi hingga beliau menghembus nafas terakhir,” katanya
 
 
*zaman sekarang dah tak ada pemuda pemuda seperti leftenan adnan yang sanggup berjuang bermati matian untuk negara walaupun umurnya baru sahaja 20 an


^.^ you are pretty and handsome strangers ^.^