1.1 Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu :
- Memerintah selama 3 ½ tahun (1942 hingga 1945)
- Pemerintahan bercorak tentera
- Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912)
- Melancarkan Pemulihan Meiji
- Menekankan pemodenan Jepun dan perindustrian
- Mencontohi negara Barat
- Jepun meluaskan kuasa di China bertujuan memasarkan hasil industri
- Dianggap kuasa besar setelah berjaya dalam Perang Rusia-Jepun 1905
- Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun
i. Faktor Masalah Ekonomi Jepun :
- Penduduk Jepun bertambah menyebabkan tanah pertanian kurang
- Jepun perlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum, bijih timah dan getah
- Jepun perlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industri
ii. Faktor
Sekatan Ekonomi :
- Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai China
- China dikuasai Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937
- Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri
- Serangan diketuai Jeneral Tojo
- Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera
- Tahun 1941 Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
- Beliau berjaya mengusir semua kuasa Barat di Asia Tenggara
i. Melalui Kawasan Utara di Thailand
- Tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 Disember 1941
- Tentera terus mara ke Jitra, Kedah
- Tentera berpecah dua
- Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat
- Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat
ii. Melalui Kawasan Kota Bharu
- Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941
- Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur
iii. Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah
- Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941
- Berpecah kepada dua pasukan
- Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu
- Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan
- Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama di bandar-bandar besar
- Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah
CARA KEMARAAN TENTERA JEPUN
i. Menggunakan kapal terbang perang
- Digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu
- Kapal ini sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun
ii.Menggunakan kereta kebal penggempur
- Berjaya memaksa tentera British berundur
- Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan
iii. Menggunakan bot
- Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai
iv. Menggunakan basikal
- Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British
- Basikal mudah untuk melalui jalan sempit
Kesan Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu
Kesan Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu
i. Jepun menguasai Tanah Melayu
- Tentera Jepun berjaya kuasai Tanah Melayu dalam masa 10 minggu
- Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun
- Leftenan Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki (dikenali “Harimau Malaya”) di Singapura
- Jepun gunakan strategi peperangan yang baik terutama kegiatan perisikan Jepun yang berkesan
ii. Banyak berlaku kemusnahan
- Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan
- British gunakan taktik “bumi hangus”
- British memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan
- Tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi
- Contoh kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan Bangunan Muzium Selangor
- Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan
iii. Jepun gagal menguasai bahan mentah
Tanah Melayu
- Tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah negara
iv. Kelemahan tentera British di Tanah
Melayu
- Tentera British yang terdiri daripada askar-askar India-Gurkha, Australia dan British tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun
- Tentera British tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali Singapura
- British tumpukan perhatian untuk pertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah
- Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu
Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah
Melayu
i. Perancangan awal perang
- Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu
- Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan
ii. Kelengkapan perang tentera Jepun
- Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”
- Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu
iii. Semangat tentera Jepun
- Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka
- Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun
- Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun
iv. Taktik serangan Jepun
- Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941
- Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura
v. Kelemahan tentera British
- Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah
- Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
- Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British
- Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura
vi. Pakatan Jepun-Thailand
- Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand
- Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand
vii. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
- KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
- KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
- KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun
DASAR PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU
a. Pentadbiran
Jepun di Tanah Melayu
- Pemerintahan bercorak tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
- Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru)
- Singapura dikenalisebagai Syonan (Cahaya Selatan)
- Pentadbiran Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu
- Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu terbahagi dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah
i. Pentadbiran
Pusat
- Jepun gabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah pentadbiran pusat
- Diketuai Pengarah Agung berpusat di Singapura
- Dibantu oleh Mahkamah, Biro Pentadbiran dan Majlis Pusat
- Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan di bawah pentadbiran Borneo Utara
- Diketuai oleh Gabenor Jeneral di Kuching
ii. Pentadbiran
Wilayah
- Di bawah pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-negeri
- Setiap wilayah diketuai Gabenor Wilayah
- Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberikan kepada Thailand sebagai menghargai kerjasama
- Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah (Kuching, Sibu & Miri)
- Sabah kepada dua wilayah (Jesselton & Sandakan)
- Setiap wilayah diketuai seorang Gabenor Wilayah
- Diperingkat daerah pentadbiran sama dengan pentadbiran British
- Mempunyai Residen, Pegawai Daerah (15 buah daerah) & Ketua Tempatan
b. Dasar
Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
- Jepun perkenalkan pelbagai dasar
- Dasar Jepun sering berubah mengikut kepentingan
- Kebajikan penduduk tidak dijaga
- Penduduk tiada hak bersuara
- Setiap dasar Jepun mempunyai muslihat tertentu
- Apabila Jepun sedar akan kalah dalam Perang Dunia II barulah Jepun membuat dasar yang memberi kebaikan kepada penduduk
- Tujuan untuk mendapat sokongan penduduk tempatan supaya tidak kembali menyokong British
- Dasar pemerintahan boleh dilihat dalam aspek politik, ekonomi & sosial
i. Politik
- Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri
- Sultan hanya menjadi ketua agama Islam & adat istiadat Melayu sahaja
- Sultan diberi elaun seperti semasa pemerintahan British
- Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun
- Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah
ii. Ekonomi
- Ekonomi Tanah Melayu dieksploit untuk kegiatan perindustrian & membiayai peperangan
- Mata wang Jepun diperkenalkan
- Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digalakkan
- Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian
- Layanan istimewa diberikan kepada kaisha (syarikat Jepun)
iii. Sosial
- Sekolah Inggeris & Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat & China
- Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun
- Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah
- Bahasa Jepun atau Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah
- Satu ruangan khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia
- Rakyat diwajibkan belajar bahasa Jepun
- Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan
- Orang Melayu dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan
- Orang Cina dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China_Jepun
- Orang India dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India
Contoh Dasar
Penjepunan
- Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan
- Persatuan Perdagangan perlu menggunakan bahasa Jepun iaitu Shonan Shokai
- Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar
- Murid sekolah dan kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan lagu kebangsaan Jepun Kimigayo
REAKSI PENDUDUK
i. Reaksi Orang
Melayu
Reaksi
Peringkat Awal
- Sebahagian besar tidak menentang
- Mereka mengalu-alukan kedatangan Jepun
- Terpengaruh dengan slogan Jepun “Asia Untuk Orang Asia” dan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
- Orang Melayu diberi layanan baik oleh tentera Jepun
- KMM pimpinan Ibrahim Haji Yaacob mengadakan pakatan sulit dengan Jepun
- Tujuan supaya Tanah Melayu mendapat kemerdekaan
Reaksi Selepas
Jepun Menguasai Tanah Melayu
- Sokongan orang Melayu tidak kekal lama
- Jepun memerintah secara tentera
- Dasar pemerintahan Jepun menyusahkan rakyat
- Slogan Jepun hanya muslihat untuk menguasai Tanah Melayu
- Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti dijanjikan
- Status Tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan
- Negeri-Negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand sebagai balasan kerjasama
- Di peringkat awal Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu
- KMM dibubarkan oleh Jepun
- Tentera Jepun mula kejam terhadap sesiapa sahaja yang dianggap pesalah
ii. Reaksi
Orang Cina
- Banyak dipengaruhi Perang China-Jepun 1937
- Terlibat dengan gerakan anti-Jepun
- Mereka memulaukan barangan Jepun & memungut derma untuk membantu Negara China
- Pemuda Cina ramai yang balik ke China menyertai perang menentang Jepun
- Kesannya – apabila Jepun menguasai Tanah Melayu orang Cina dilayan kasar & dibunuh tentera Jepun
- Ada juga orang Cina menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan perniagaan & keselamatan nyawa mereka
iii. Reaksi
Orang India
- Mendapat layanan baik daripada Jepun
- Tujuan Jepun untuk mendapat kerjasama orang India mengusir British di India
- Orang India diseru bersatu padu untuk tujuan tersebut
- Jepun berjaya mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya berpaling tadah & bekerjasama dengan Jepun
- Sebahagian besar orang India menyertai Tentera Kebangsaan India & menubuhkan Liga Kemerdekaan India hasil dorongan Jepun
Reaksi Penduduk
Terhadap Dasar Kejam Jepun di Tanah Melayu
- Muncul gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
- Bergerak secara gerila untuk menentang Jepun
- Mendapat kerjasama daripada tentera Bersekutu khususnya British
Gerakan
Anti-Jepun di Tanah Melayu
i. Malayan
People’s Anti Japanese Army
(MPAJA)
- Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
- Bekerjasama dengan British untuk mendapat bantuan kewangan, latihan ketenteraan & senjata
- Menggunakan taktik perang gerila
ii. Force
136
- Ditubuhkan tentera Bersekutu di Pahang, Johor & Kedah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu
- Anggotanya mendapat latihan daripada tentera Bersekutu di Sri Lanka
- Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu
iii. Askar Melayu Setia (AMS)
- Melancarkan perang gerila
- Bekerjasama & mendapat bantuan daripada Force 136
iv. Pasukan Wataniah Pahang
- Sultan Pahang (Sultan Abu Bakar) sebagai Pemerintah Kehormat
- Diketuai oleh Yeop Mahidin
- Berhubungan baik dengan pasukan Force 136
v. Gerila Kinabalu
- Pimpinan Albert Kwok
- Melancarkan pemberontakan Double Tenth tetapi gagal
vi. Pasukan Gerila Datu Mustapha
- Menjalankan penentangan di Kudat
vii. Pasukan Gerila di Sandakan
- Menjalankan penentangan di Sandakan
viii. Penentangan di Pesisir Pantai Sarawak
- Menjalankan gerakan membantu tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun
Jepun di Ambang
Kekalahan
- Tahun 1945 tentera Bersekutu mendesak Jepun menyerah diri
- Jepun enggan
- Pada 9 Ogos 1945 tentera Bersekutu menggugurkan bom atom di di Hiroshima & Nagasaki
- 15 Ogos 1945 Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat
- Jeneral Seishiro Itagaki iaitu ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri kepada tentera Bersekutu di Majlis Perbandaran Singapura
- Tentera Bersekutu diwakili Laksamana Louis Mountbatten
- Pada 10 September 1945 pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37 di wilayah Borneo Masao Baba menyerah kalah di Surender Point, Labuan