Kerangka Karangan - Faedah dan Kebaikan Bersenam

assalamualaikum .. macam biasa apa yang miss mignon buat or search something berguna miss mignon will share it for you ! NAH ambik ni kerangka karangan hehe .. terlebih rajin


Pendahuluan
- apa itu bersenam - aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh
- selalunya dilakukan pada waktu pagi atau petang
- kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah juga ada aktiviti bersenam.




Isi-isi (Kebaikan & Faedah)

  • boleh menyihatkan tubuh badan - apabila bersenam badan akan mengeluarkan peluh - perpeluhan dapat menyingkirkan sisa toksik dalam tubuh - selain itu dapat mengawal suhu badan kita - kita akan jadi lebih sihat
  • dapat bantu mengawal berat badan/mengatasi masalah obesiti - bersenam akan meningkatkan metabolisme badan, bakar lemak - maka bersenam adalah cara terbaik untuk menurunkan atau mengawal berat badan
  • meningkatkan stamina diri - apabila kerap bersenam - badan akan betah melakukan aktiviti-aktiviti fizikal - tidak mudah penat - lebih cergas dalam menjalankan aktiviti harian
  • otak menjadi cerdas - apabila kerap bersenam - minda akan menjadi lebih cerdas - dapat berfikir dengan baik - penting untuk murid/pelajar - dapat memikirkan idea-idea yang tuntas & bernas
  • sebagai aktiviti riadah - dapat menenangkan fikiran - bersenam boleh melegakan tekanan atau stres - apabila aktiviti ini dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga - dapat mengeratkan hubungan sesama mereka

Penutup
- banyak manfaat yang kita dapat dengan bersenam - banyak kesan positif yang dapat kita nikmati
- lakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari - dua atau tiga kali seminggu
- bersenam demi kesihatan atau cara hidup yang lebih sihat
^.^ you are pretty and handsome strangers ^.^