Antara tips-tips yang boleh digunapakai ialah:
1 ) Mula untuk belajar awal.
Kebanyakkan daripada kita hanya tunggu apabila dekat dengan exam barulah
 kita nak mula belajar atau ulangkaji.  Saya yakin banyak yang perlu 
dibaca dan diulangkaji, oleh itu masa yang diperlukan untuk menghadam 
dan mengingati satu-persatu isi-isi penting juga panjang dan lama. Masa 
yang singkat beberapa minggu sebelum exam bukanlah masa yang ideal untuk
 mengingat ilmu-ilmu baru, pada tahapan stress yang kemuncak.
Mulalah belajar daripada sekarang. Jangan ditunggu sehingga last minute,
 baru kita nak mula belajar. Biarpun sedikit demi sedikit atau 
semuka-surat kita belajar setiap hari daripada sekarang, nanti lama-lama
 jadi bukit, daripada kita memerah otak kita untuk mengingat sebuah buku
 seminggu sebelum tarikh exam.
2 ) Mengulangkaji sedikit-sedikit.
Daya mengingat manusia adalah terhad. Otak manusia tidak mampu untuk 
memproses dan mengingat banyak maklumat yang datang kepadanya dengan 
sekaligus pada satu masa. Ia perlukan masa untuk memproses dan juga 
untuk mengingat.
Cubalah untuk fokus kepada beberapa topik-topik kecil ketika 
mengulangkaji. Buatlah satu jadual belajar. Cubalah untuk habiskan 
ulangkaji hanya pada beberapa topik kecil setiap hari. 
3 ) Cuba untuk faham, bukan hanya sekadar hafal.
Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita faham sesuatu perkara atau 
mekanisma, ianya akan lebih lama kita ingati daripada hanya menghafalnya
 sahaja. Sebagai contoh, sekiranya kita membaca bagaimana sistem cardiovascular berfungsi, bermula daripada jantung melalui saluran darah i.e. aorta –> arteries –> arterioles –> capillaries –> veins –> vena cava,
 kemudian kembali ke jantung, lebih mudah untuk kita lukiskan diatas 
kertas gambar jantung dan saluran-saluran darah tersebut, kemudian kita 
cuba fahami dengan membayangkan seolah-olah kita adalah sel-sel darah 
yang melalui saluran-saluran darah tersebut. Dengan ini lebih membuatkan
 kita faham bagaimana sistem itu berfungsi dan insyAllah ianya akan 
lebih lama “melekat” dalam memori kita.
4 ) Belajar menggunakan pelbagai deria
Apabila anda membaca, kebiasaannya anda hanya membaca (menggunakan deria
 penglihatan sahaja). Ada satu kajian yang saya baca, yang mengatakan 
bahawa memori kita akan lebih terangsang untuk mengingati sesuatu ilmu 
tatkala deria-deria kita terangsang. Lebih banyak yang terangsang, 
katanya, lebih baik. Sebagai contoh, membaca (melihat) sambil menulis 
nota (rasa dengan jari), lebih baik daripada hanya membaca. Ataupun, 
membaca sambil membuat nota, dan sambil mendengar musik, mengikut kepada
 artikel yang dibaca tersebut, adalah lebih baik. Tetapi janganlah kita 
mendengar kepada musik-musik yang bersuara atau berlirik, ianya akan 
mengganggu fokus kita, tetapi dengarlah kepada musik-musik instrumental atau
 bacaan ayat-ayat al Quran yang menenangkan hati dan fikiran kita, dan 
tidak menghilangkan fokus kita kepada apa yang sedang kita belajar.
5 ) Menggunakan imej-imej sebagai bantuan
Memori manusia lebih mudah mengingat imej daripada perkataan ataupun 
fakta-fakta. Sebagai contoh, lebih mudah untuk kita ingat apabila kita 
melihat gambar seekor kucing putih berbelang kuning, ekor kembang 
berwarna kuning sepanjang lebih kurang 15 cm, bermata hijau, berbulu 
panjang, telinganya tinggi etc etc… daripada dengan saya bercerita 
kepada anda sifat kucing tersebut ataupun dengan anda membaca tulisan 
saya disini berkaitan kucing tersebut.
Ini bukan hanya mudah terutamanya untuk mengingati fakta, tapi juga 
tidak mustahil ianya boleh digunakan untuk mengingati sesuatu mekanisma 
perbuatan atau gerak kerja sistem. 
6 ) Tidak mengulangkaji pelajaran atau membaca ilmu baru ketika dalam kepenatan
Badan manusia ada kapasitinya, ada limitnya. Badan kita berfungsi dengan baik sekira ianya tidak didalam state kepenatan atau exaustion.
 Begitu juga dengan otak kita untuk memfokus kepada apa yang kita baca 
atau lakukan. Pastikan anda mendapat cukup rehat sebelum anda memulakan 
ulangkaji. Ulangkaji dalam keadaan badan keletihan dan kepenatan 
hanyalah membuang masa anda. Sekiranya anda rasa badan anda penat dan 
susah untuk anda memfokus kepada teks-teks yang anda baca, eloklah 
sekiranya anda tidur sejenak, kemudian bangun semula untuk menyambung 
ulangkaji, daripada anda meneruskan juga ulangkaji tanpa sedikitpun yang
 dapat anda ingat dalam memori anda.
Faktor pemakanan juga memainkan peranan penting kepada kesihatan tubuh 
badan dan keupayaan untuk mengingat. Pastikan anda makan makanan yang 
berkhasiat. Cuba elakkan makanan ruji dan makanan-makanan yang tidak 
sihat. Cuba juga untuk kurangkan mengambil minuman-minuman bertenaga 
i.e. Red Bull, Livita, V, Mother, Monster etc. Minuman-minuman ini 
mengandungi banyak caffeine. Terlalu banyak atau terlalu kerap 
mengambilnya, akan merosakkan badan anda. Tabiaat mengambil kopi yang 
terlalu pekat dan kuat untuk stay-up malam untuk belajar juga sekiranya boleh, cubalah untuk elakkan.
7 ) Manfaatkan masa yang ada sebaiknya
Masa itu adalah kehidupan. Sekiranya kita membazir masa kita, 
seolah-olah kita membazirkan kehidupan kita. Saya amat mengkagumi diari 
kehidupan seorang president atau perdana menteri, mereka boleh mencapai 
beberapa perkara dan boleh berada di beberapa tempat dalam sehari. 
Sekiranya mereka mampu untuk memanfaatkan masa mereka untuk mencapai 
beberapa matlamat dalam sehari, kita juga mampu. Kita juga ada 24 jam 
sehari, sama seperti mereka.
8 ) Ikhlaskan niat dan perbanyakkan amalan kepada Allah
Saya amat mengkagumi mereka yang mampu menghafal sebuah al Quran. 
Menghafal al Quran bukannya mudah. Menghafal al Quran adalah menghafal 
perkataan demi perkataan tanpa salah atau silap sedikitpun. Tidak sama 
seperti kita menghafal buku-buku rujukan sains, kita hanya mengambil 
intipatinya sahaja, tidaklah kita menghafal perkataan satu per satu.
Ilmu ini juga milik Allah. Allah yang layak umtuk memberi ilmu ini 
kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan. Ikhlaskan niat kita untuk kita 
gunakan ilmu ini kepada kebaikkan, insyaAllah Allah akan membantu kita 
untuk mudah kita mengingat.
Para hafiz al Quran, antara tips yang memudahkan mereka menghafal al 
Quran ialah dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seharian. 
Amalan-amalan sunat ini adalah pembersih hati. Kata Imam Syafie, “Ilmu 
ini umpama cahaya. Cahaya susah untuk memasuki hati-hati yang dipenuhi 
oleh titik-titik hitam (iaitu dosa)”. Elaklah daripada melakukan dosa 
kepada Allah, ini termasuklah dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa kecil 
inilah yang kelak memenuhi hati-hati kita, dan menyukarkan kita untuk 
mengingat ilmu-ilmu yang kita baca.
9 ) Nota ringkas atau mind-map
Nota ringkas atau mind-map sangat berguna terutamanya ketika untuk 
beberapa hari sebelum kita menghadapi peperiksaan. Nota-nota ringkas in 
hanya sebagai recap sahaja 
kepada apa yang kita dah baca dan faham sebelum ini. Hari-hari sebelum 
exam bukanlah masa untuk kita baca ilmu baru, atau buka semula buku 
rujukan yang telah kita baca dahulu, tetapi hanya sekadar masa untuk 
kita recap intipati-intipati yang telah ada dalam memori kita.
10 ) Perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam belajar, dan bersabar.
Kesusahan itu sesungguhnya mengajar. Imam Bukhari, seorang yang terkenal
 dengan kebolehan menghafal ratusan ribu hadis-hadis sahih, telah 
melalui fasa pembelajaran begini. Beliau terpaksa mengharungi padang 
pasir yang panas beribu-ribu batu untuk hanya sekadar memperolehi satu 
hadis. Atas kesungguhkan dan susah payah beginilah, akhirnya beliau 
mampu untuk mengingat ratusan ribu hadis-hadis sahih didalam memorinya. 
Saya yakin, kita juga mampu.
 ^.^ you are pretty and handsome strangers ^.^