Pendengaran merupakan salah satu deria yang amat penting
bagi setiap manusia bagi menerima maklumat dan ilmu. Walaupun manusia masih
boleh menerima maklumat serta belajar melalui deria-deria yang lain daripada
deria pendengaran seperti deria lihat bau, sentuhan, dan rasa, namun deria
pendengaran adalah merupakan salah satu deria yang amat penting bagi memudahkan
dan menyempurnakan sesuatu proses menerima maklumat ataupun pelajaran. Masalah
pendengaran merujuk kepada individu yang mengalami masalah pendengaran yang
diperoleh sama ada semenjak lahir atau selepas dilahirkan. Individu yang mengalami
masalah biasanya akan mengalami
kesukaran atau tidak dapat mendengar bunyi perbualan ataupun bunyi
persekitaran. Disebabkan masalah pendengaran yang dialami dan kelemahan
penguasaan asas kemahiran bahasa, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sering
tercicir dalam pelajaran walaupun sebenarnya mereka tidak mengalami kecacatan
dari segi intelek (Dr. Aznan Che Ahmad, Bil.2/2010). Selain itu juga deria
pendengaran merupakan salah satu agen
penyampai maklumat dalam berkomunikasi, tanpa deria pendengaran ini, matlamat
menyampaikan fakta atau maklumat menjadi tidak bermakna.
Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh
dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan
keadaan, contoh ia mempunyai pendengaran yang separa, adalah luar biasa kerana
memang ia tidak dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling. Asmah Haji Omar
(1984), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan
pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa, tidak dapat
mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati
pemikiran dan budaya melalui bahasa. Manakala
menurut Bee H. (1995), kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka
yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.
Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir,semasa lahir dan
selepas lahir.
Menurut Paul dan
Quigley (1990); dan Wiliam L.Heward (1996), kanak-kanak dalam kategori
ini ialah kanak-kanak yang tidak boleh menggunakan pendengaran untuk memahami
pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan alat bantu
dengar. Pengesanan awal bagi golongan
yang bermasalah pendengaran ini adalah sangat penting supaya intervensi awal
dapat dilaksanakan untuk membantu mereka mengatasi masalah yang dialami.
Intervensi awal adalh penting bagi mengelakkan masalah yang lebih teruk
dihadapi dan berlanjutan menjadi lebih teruk. Oleh ini intervensi awal dapat
mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku. Dalam perlaksanaan intervensi
awal ini, penglibatan dari pelbagai pihak dalam merancang dan menyediakan
intervensi awal adalah amat penting. Oleh itu penubuhan kumpulan pelbagai
disiplin dapat membantu berkongsi, bertukar maklumat dan merancang menyadiakan
intervensi awal yang memenuhi keperluan disamping meningkatkan pencapaian
kanak-kanak bermasalah pendengaran.