Imam Muhammad al-Hakam berkata:
“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui,
cerdik akalnya,lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya,
lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie”.
cerdik akalnya,lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya,
lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie”.
Imam al-Syafie pernah bersyair:
Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’
Beliau Berkata :
Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya,
maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat,
meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan
menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia
mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang
akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian
terdapat perkara yang menyibukkan.”
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :
1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.
2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.
3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.
4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.
5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.
p/s: Semoga kita semua dapat mengikut nasih Imam Syafie.