- Petua 1: Lupakan masa silam yang kelam
Mungkin keputusan UPSR dan
PMR anda tidak membanggakan tetapi itu tak bermakna keputusan SPM juga
tidak cemerlang. Sebelum anda boleh mencipta masa depan yang lebih baik,
anda harus melupakan peristiwa malang anda di masa lalu.
- Petua 2: Ingatkan kejayaan
Tidak
kira siapa anda, anda pernah berjaya di dalam sesuatu hal pada suatu
ketika dahulu. Mungkin anda pernah mendapat markah yang tinggi dalam
ujian bulanan atau mendapat pingat dalam sukan. Gunakan kenangan
kejayaan anda untuk memotivasikan diri anda bahawa anda sebenarnya boleh
mencapai matlamat anda.
- Petua 3: Menyedari segalanya berkemungkinan
Tiada
yang mustahil, segalanya boleh berlaku. Impian yang tersemat di dalam
hati anda, jika dipindahkan ke dalam minda dan diusahakan pasti boleh
dicapai. Terimalah kenyataan bahawa anda sebenarnya boleh mencipta
kehidupan yang lebih baik. Tiada orang di dahinya ditulis GAGAL atau
BODOH. Kita yang mencorakkan kehidupan kita.
- Petua 4: Impian yang besar
Agar
impian dan keinginan anda dapat memberi inspirasi kepada anda untuk
bertindak dan mencapai matlamat, maka impian dan keinginan perlu menjadi
besar. Impikan untuk dapat semua A dalam peperiksaan dan yakinlah anda
boleh mendapatkannya.
- Petua 5: Bertindaklah untuk berubah
Perubahan
tidak akan berlaku jika hanya sekadar berfikir - anda harus mengambil
tindakan!. Dunia khayalan tidak membawa anda ke mana-mana, tetapi hanya
mereka yang bertindak atas keinginan mereka akan benar-benar mencapai
impian mereka. Jika impian anda untuk mendapat semua A, anda harus
berusaha mencapainya.
- Petua 6: Lakukannya setiap hari
Luangkan
masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap malam untuk menilai pencapaian
anda pada hari tersebut dan merancang untuk hari berikutnya. Tanya pada
diri anda, apakah yang telah anda lakukan untuk mencapai impian anda
pada hari ini. Tanya pada diri anda apa yang perlu dibaiki agar impian
akan menjadi kenyataan.
- Petua 7: Betulkan yang biasa, biasakan yang betul
Tabiat
yang negatif boleh mengganggu usaha untuk mencapai impian anda. Untuk
memastikan hal ini tidak terjadi pada anda, lakukan setidaknya satu
langkah baru dalam rutin harian anda untuk memperbaiki tabiat tersebut.
Tinggalkan kebiasaan yang negatif seperti bangun lewat, bersembang semsa
guru mengajar, meniru homework, bermain facebook dan mainan komputer
dan ber’sms’ perkara yang tidak penting.
- Petua 8: Dapatkan bantuan dan sokongan
Mencapai
sesuatu impian memerlukan bantuan dan sokongan daripada pelbagai
sumber. Jika anda tidak memahami sesuatu subtopik, tanyalah pada guru.
Belajarlah secara berkumpulan dan selalulah meminta nasihat dan sokongan
daripada ibu bapa jika menghadapi masalah.
- Petua 9: Teruja menanti hasilnya
Bayangnya
anda memperoleh semua A dalam peperiksaan. Bayangkan anda menjadi
mahasiswa di universiti. Bayangkan anda menerima anugerah atas kejayaan
anda. Anda pasti teruja kerana anda sedang dalam perjalanan untuk
mendapatkan segala sesuatu yang anda inginkan!
- Petua 10: Tingkatkan ‘standard’
Tiba
masa untuk meningkatkan ‘standard’ anda. Inilah masa untuk mengharapkan
sesuatu yang terbaik pada diri anda berbanding dengan orang lain.
Jangan menerima kecuali yang terbaik sahaja dalam segala hal yang anda
lakukan dan anda tidak akan menghadapi masalah membina kehidupan impian
anda.
^.^ you are pretty and handsome strangers ^.^